Syarat-syarat Pinjaman Syarat-syarat Pinjaman

  • Pengguna merupakan kakitangan KPWKM/Jabatan/Agensi yang telah berdaftar sebagai ahli Perpustakaan KPWKM.
  • Pengguna dibenarkan meminjam sebanyak sepuluh (10) naskhah buku sahaja.
  • Tempoh pinjaman pada satu-satu masa adalah dua (2) minggu.
  • Pengguna tidak dibenarkan memindah milik bahan-bahan yang dipinjam kepada pengguna lain tanpa kebenaran pegawai Perpustakaan.
  • Bahan-bahan yang dipinjam adalah di bawah tanggung jawab pembaca dalam tempoh pinjaman. Bahan yang hilang atau rosak hendaklah dilaporkan dengan kadar SEGERA kepada pegawai bertugas di kaunter Perkhidmatan.

Ke atas

Tempoh Pinjaman Tempoh Pinjaman

Buku - 14 hari

Majalah - 1 hari

Sumber Media - 5 hari

Ke atas

Pemulangan Pemulangan

  • Pemulangan bahan perlulah dibuat selewat-lewatnya pada atau sehari sebelum tarikh tempoh pinjaman tamat.
  • Semua urusan pemulangan bahan-bahan yang dipinjam mestilah dilakukan di kaunter perkhidmatan Perpustakaan pada waktu perkhidmatan.
  • Pembaca yang lewat memulangkan bahan yang dipinjam akan diberikan surat peringatan melalui emel. Sekiranya bahan masih tidak dipulangkan juga, pengguna ini tidak layak untuk meminjam bahan Perpustakaan selama mana beliau tidak memulangkan bahan yang dipinjam.

Ke atas

Pembaharuan Pinjaman Pembaharuan Pinjaman

Pengguna hanya dibenarkan untuk membuat pembaharuan pinjaman sebanyak dua (2) kali sahaja. Pembaharuan boleh dibuat dengan menelefon atau datang di kaunter perkhidmatan Perpustakaan. Sekiranya pengguna ingin memperbaharui bahan yang telah diperbaharui sebanyak dua (2) kali, pengguna perlulah memulangkan bahan tersebut terlebih dahulu. Bahan tersebut perlu tersedia di atas rak dan tertakluk kepada syarat dan peraturan Perpustakaan.

Ke atas