Koleksi Open Shelf Koleksi Open Shelf

Koleksi ini merupakan koleksi buku yang boleh dipinjam merangkumi pelbagai bidang perkara terutama wanita, keluarga dan masyarakat. Buku-buku ini terdapat dalam bentuk fiksyen dan bukan fiksyen dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Koleksi Sumber Media Koleksi Sumber Media

Koleksi ini merupakan bahan tidak bercetak dalam pelbagai perkara dan format seperti CD-ROM, DVD-ROM dari tahun 2003 sehingga kini.

Ke atas

Koleksi KPWKM & Agensi Koleksi KPWKM & Agensi

Koleksi ini merangkumi bahan-bahan yang diterbitkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi-agensinya iaitu JKMM, JPW, ISM, LPPKN, NIEW dan YKN.

Koleksi Rujukan Koleksi Rujukan

Koleksi ini mengandungi bahan-bahan seperti kamus, direktori, ensiklopedia, atlas dan banyak lagi. Koleksi ini tidak boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja.

Ke atas

Koleksi Kursus Dan Latihan Koleksi Kursus Dan Latihan

Koleksi ini menempatan nota-nota latihan seperti kursus, seminar, konvensyen, bengkel/workshop, forum, symposium, kolokium yang dihadiri oleh kakitangan KPWKM dan agensi-agensi di bawahnya. Ianya bertujuan untuk perkongsian maklumat kepada kakitangan dalam melaksanakan tugas harian mereka.

Ke atas

Koleksi Digital Keratan Akhbar Koleksi Digital Keratan Akhbar

Koleksi ini mengandungi artikel keratan akhbar yang berkaitan kumpulan sasar iaitu kanak-kanak, keluarga, mangsa bencana, Orang Kurang Upaya (OKU), orang papa, pertubuhan sukarela kebajikan wanita dan warga emas. Keratan akhbar teks penuh boleh di akses melalui WebInfoline Perpustakaan KPWKM di alamat: https://infonur.kpwkm.gov.my.

Ke atas

Koleksi  Majalah Jilid Koleksi Majalah Jilid

Koleksi ini merupakan majalah yang telah dikumpulkan selama setahun. Majalah-majalah ini dijilid mengikut tajuknya dalam bentuk bahan kulit keras.

Ke atas

Koleksi Pinjaman Kelompok Koleksi Pinjaman Kelompok

Koleksi ini merupakan koleksi yang dipinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Sebanyak 150 buah bahan ditempatkan di perpustakaan ini. Perpustakaan akan menukar bahan-bahan tersebut empat (4) kali setahun.

Ke atas

Koleksi Majalah Terkini Koleksi Majalah Terkini

Koleksi majalah tempatan dan luar Negara yang dilanggan untuk bacaan santai kakitangan.

Ke atas

Koleksi Surat Khabar Terkini Koleksi Surat Khabar Terkini

Perpustakaan telah menempatkan lapan (8) tajuk surat khabar bagi bacaan ringan kakitangan. Setiap tajuk mempunyai 5 naskah surat khabar. Tajuk-tajuk tersebut ialah Berita Harian/ Berita Minggu, Harian Metro / Metro Ahad, Kosmo, Malay Mail / Sunday Mail, New Straits Times / New Sunday Times, The Star / Sunday Star, The Sun, Utusan Malaysia / Mingguan Malaysia. 

Ke atas

Koleksi Buku Panduan & Program / Pelan Tindakan/ Laporan Koleksi Buku Panduan & Program / Pelan Tindakan/ Laporan

Koleksi ini merupakan koleksi monograf siri mengenai buku panduan & program/pelan tindakan/laporan yang diterbitkan oleh jabatan kerajaan dan swasta dalam negeri.

Ke atas

Koleksi Kertas Kerja & Tesis Koleksi Kertas Kerja & Tesis

Koleksi ini merupakan koleksi disertasi atau kajian ilmiah dari pelajar universiti berkaitan wanita, keluarga, Orang Kurang Upaya, kanak-kanak, orang papa dan warga emas.

Ke atas

Koleksi Monograf Siri Laporan Tahunan Koleksi Monograf Siri Laporan Tahunan

Koleksi monograf siri tahunan ialah laporan yang diterbitkan setiap tahun oleh jabatan kerajaan dan swasta berkenaan pencapaian tahunan sesebuah organisasi itu.

Ke atas