Siber Interaktif Siber Interaktif

Lapan (8) komputer yang mempunyai rangkaian Internet disediakan bagi ahli mengakses Internet yang termaktub kepada syarat-syarat dan peraturan yang disediakan.

Ke atas

Pintu Ke Pintu Pintu Ke Pintu

Perkhidmatan ini disediakan untuk kemudahan pengguna meminjam dan memulangkan bahan tanpa perlu datang ke Pusat Sumber. Kakitangan Pusat Sumber akan datang ke tempat bertugas pengguna dengan membawa bahan-bahan untuk dipinjam. Pendaftaran keahlian, pertanyaan, tutorial penggunaan Portal Infonur dan pangkalan data atas talian juga disediakan semasa aktiviti Pintu ke Pintu.

Ke atas

Web Opac InfoNur Web Opac InfoNur

Membolehkan pengguna membuat carian koleksi Perpustakaan, KPWKM secara intranet dengan menggunakan sistem perpustakaan bersepadu. URL InfoNur yang boleh dicapai: https://infonur.kpwkm.gov.my

Ke atas

Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)

Kemudahan pinjaman yang dibuat di antara perpustakaan dari dalam dan luar Negara. Permohonan perlu dibuat melalui Pustakawan dan tertakluk kepada syarat dan perjanjian SPP.Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) atau lebih dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan yang tiada di Pusat Sumber, KPWKM. Peminjaman, pengambilan dan penghantaran balik bahan adalah tanggungjawab sendiri. Permohonan perlu dibuat melalui pegawai di kaunter Pusat Sumber.

Ke atas