Latar Belakang Latar Belakang

Perpustakaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditubuhkan pada 2001 sebagai pusat rujukan bagi menyalurkan maklumat dan rujukan mengenai isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ke atas

Objektif Objektif

Menyediakan perkhidmatan maklumat mengenai wanita, keluarga dan masyarakat dengan cepat dan berkesan.

Ke atas

Fungsi Fungsi

  • Memantapkan dan membangunkan koleksi sumber maklumat berkaitan dengan wanita, keluarga, kanak-kanak, orang papa, warga emas dan orang kurang upaya (OKU)
  • Mengurus dan mengendalikan pendokumentasian koleksi bahan bercetak (buku, jurnal, majalah, laporan dan lain-lain) dan tidak bercetak (CD).
  • Mengurus penyampaian perkhidmatan kaunter Perpustakaan KPWKM
  • Menggalakkan dan meningkat budaya membaca serta pembelajaran sepanjang hayat melalui Program Galakan Membaca.
  • Mengurus dan melaksanakan Perkhidmatan Kesedaran Semasa untuk pengetahuan pengguna.
     

Ke atas

Pelanggan Kami Pelanggan Kami

Warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), jabatan dan agensi dibawahnya selama sah berkhidmat.

Orang awam iaitu individu di kalangan pelajar, penyelidik, jabatan kerajaan dan sektor swasta perlulah membawa surat sokongan daripada guru/pensyarah/majikan. Penggunaan hanya terhad kepada perkhidmatan rujukan sahaja.

Ke atas

Syarat Dan Peraturan Syarat Dan Peraturan

  1. Pengguna / pengunjung hendaklah berpakaian kemas dan tidak menjolok mata serta tidak dibenarkan memakai selipar.
  2. Pengguna hendaklah mendaftar di kaunter perkhidmatan sebelum menggunakan sebarang perkhidmatan yang disediakan.
  3. Pengguna / pengunjung mestilah membenarkan pegawai Pusat Sumber memeriksa barang-barang yang dibawa masuk atau dibawa keluar dari Pusat Sumber.
  4. Bahan-bahan yang dirujuk perlulah diletakkan di atas meja / troli yang disediakan.
  5. Pengguna / pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan fotostat perlu memaklumkan kepada petugas terlebih dahulu dan mengisi butiran bahan yang difotostat di dalam Buku Rekod Fotostat yang disediakan. Pengguna / pengunjung hanya dibenarkan untuk membuat fotostat bahan perpustakaan sahaja.
  6. Pengguna / pengunjung TIDAK DIBENARKAN membuat salinan keseluruhan bahan perpustakaan yang tertakluk kepada AKTA HAKCIPTA BAHAN PERPUSTAKAAN.
  7. Syarat dan peraturan Pusat Sumber adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Ke atas

Larangan Larangan

  1. Mengoyak, memotong, menconteng dan melipat mana-mana muka surat bahan-bahan yang dibaca atau dipinjam.
  2. Sembunyikan bahan-bahan Pusat Sumber daripada pengguna / pengunjung yang lain.
  3. Menggunakan perkhidmatan Internet untuk melayari dan muat turun laman web lucah / chatting dan lain-lain.
  4. Membuat bising sehingga mengganggu pengguna / pengunjung yang lain.
  5. Tidur dan makan, merokok dan meludah.
  6. Mempamerkan, mengedarkan, melekatkan atau menampal apa-apa bil, notis atau iklan di dalam dan di luar Pusat Sumber tanpa kebenaran.
  7. Melakukan perkara-perkara lain yang didapati tidak bertanggungjawab dan menyalahi syarat dan peraturan Pusat Sumber.

Ke atas